Onboarding Sharedauto

TUGASAN KHAS

1 POLISI
1.1 Seseorang kakitangan boleh diarahkan oleh Syarikat untuk melaksanakan tugasan khas di tempat selain dari tempat biasa bertugas untuk tempoh tertentu atas kapasiti tidak terhad kepada memangku tugas, dipinjamkan perkhidmatan, membuat kajian, mengganti, mengaudit, membuat siasatan atau penyelidikan.
2 KELAYAKAN
2.1 Kakitangan yang menjalankan perkhidmatan tugasan khas layak menuntut elaun sara hidup dan elaun penginapan harian sepanjang tempoh tugasan yang tidak melebihi tiga (3) bulan.
2.2 Suatu kadar berpatutan berdasarkan kos sara hidup dan kos penginapan jangka panjang akan ditentukan mengikut lokasi bagi tugasan yang melebihi enam (6) bulan.