| 1 |
Kakitangan baru perlu mencapai tahap kemahiran yang diperlukan untuk menyelesaikan
dan melaksanakan tugas dengan memuaskan dalam pekerjaan baru mereka. Mereka
akan menjalani tempoh percubaan mengikut kategori jawatan.
|
| 2 |
Tempoh percubaan kakitangan adalah antara 3 ke 6 bulan bergantung kepada kemajuan
prestasi.
|
| 3 |
Sekiranya kakitangan itu tidak menjalankan tugas dengan memuaskan, tempoh
percubaannya boleh dilanjutkan atau perkhidmatannya boleh ditamatkan.
|
| 4 |
Bagi kakitangan yang diberi tawaran secara kontrak, ia akan diperbaharui kontraknya
secara tahunan. Kontrak boleh dilanjut atau ditamatkan dengan notis 30 hari
berdasarkan pencapaian prestasi.
|
| 5 |
Tempoh maksimum penyambungan kontrak adalah sebanyak 3 kali sahaja dalam
tempoh 3 tahun. Bagi kakitangan yang tidak mencapai terhadap perkhidmatan yang
diharapkan, kontrak akan ditamatkan selepas tempoh tersebut.
|