| 1 |
Semua kakitangan boleh dipindahkan ke unit atau jabatan lain di mana sahaja dalam
syarikat untuk mengoptimumkan kemahiran dengan cara terbaik, mengisi kekosongan,
memudahkan kerja-kerja multitasking atau tugasan untuk menyediakan laluan kerjaya.
|
| 2 |
Pemindahan juga boleh dimulakan oleh pihak pengurusan atas sebab-sebab tertentu
atau kakitangan boleh memohon pemindahan atas alasan peribadi atau lain-lain.
|
| 3 |
Seseorang kakitangan boleh diarahkan oleh Syarikat untuk melaksanakan tugasan khas
di tempat selain dari tempat biasa bertugas untuk tempoh tertentu atas kapasiti tidak
terhad kepada memangku tugas, dipinjamkan perkhidmatan, membuat kajian, mengganti,
mengaudit, membuat siasatan atau penyelidikan.
|