KETIDAKHADIRAN
| 1 | Kakitangan yang tidak hadir bekerja melebihi dua (2) hari berturut-turut tanpa kebenaran
dari Syarikat dianggap telah melanggar kontrak perkhidmatannya dengan Syarikat
melainkan kakitangan mempunyai alasan yang munasabah terhadap ketidakhadirannya. 1.1 Penyelia perlu memaklumkan kepada Bahagian Sumber Manusia (BSM) apabila kakitangan kembali bertugas selepas tempoh tidak hadir tersebut atau melaporkan serta-merta kepada BSM sekiranya kakitangan masih tidak kembali bertugas selepas hari kedua kakitangan dikehendaki memberikan keterangan bertulis berkaitan ketidakhadirannya. |
| 2 | BSM berhak menggantung perkhidmatan kakitangan setelah kembali bertugas sekiranya kakitangan gagal menjawab atau memberikan keterangan yang memuaskan atau sekiranya kakitangan tidak kembali bertugas selepas hari kedua. |
| 3 | BSM akan memulakan tindakan disiplin terhadap kakitangan sekiranya mempunyai kes. |