Onboarding Sharedauto

KENAIKAN PANGKAT

1 Dalam menyediakan laluan kerjaya, keutamaan diberi kepada kakitangan yang memenuhi syarat minimum untuk pekerjaan apabila terdapat kekosongan dalam jawatan yang lebih tinggi atau apabila terdapat jawatan baru yang diwujudkan. Syarikat juga boleh melantik sesiapa sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut termasuk melantik calon dari luar Syarikat.
2 Kriteria kenaikan pangkat kakitangan adalah seperti berikut:
1. Mempunyai kelayakan akademik dan kemahiran yang diperlukan
2. Berupaya untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar
3. Cemerlang dan konsisten dalam prestasi kerja
4. Rekod disiplin yang baik
5. Kemahiran interpersonal yang baik 6. Mempunyai sifat kepimpinan
3 Dengan syor dari Ketua Jabatan, kakitangan yang telah dikenal pasti untuk kenaikan pangkat akan dinilai oleh sebuah Jawatankuasa yang ditetapkan sebelum diluluskan oleh Pengarah/ Ahli Lembaga Kumpulan atau sesiapa sahaja yang diberi kuasa oleh Syarikat
4 Kakitangan akan diberi kenaikan gaji asas berdasarkan merit, dari gaji yang terakhir dan disesuaikan dengan pangkat yang baru.