Onboarding Sharedauto

KEDATANGAN

1 Setiap kakitangan dikehendaki merekodkan aktiviti keluar dan masuk ke tempat kerja pada setiap hari bekerja melalui cara/ sistem yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa oleh Syarikat. Ketua Jabatan perlu memastikan rekod kedatangan yang tepat sentiasa dikemaskini. Peraturan-peraturan kedatangan adalah seperti berikut:

1.1 Setiap kakitangan hendaklah menepati masa dan mematuhi waktu bekerja. Dalam waktu kerja, kakitangan adalah di bawah perkhidmatan terhadap Syarikat dan tidak bebas untuk menggunakan masa dan pergerakan peribadi melainkan dengan kebenaran penyelia.

1.2 Kakitangan yang berhasrat untuk meninggalkan tempat kerjanya dalam waktu kerja untuk tujuan peribadi hendaklah memaklumkan kepada majikan/pengurus/ penyelia tempat dan tertakluk kepada kelulusan. Jika diluluskan, tempoh yang diambil dengan syarat tidak melebihi masa yang biasanya diperlukan untuk tujuan tersebut.

1.3 Kakitangan dilarang sama sekali untuk merekodkan kedatangan kakitangan lain.

1.4 Kakitangan perlu memberi penjelasan bagi rekod kedatangan yang buruk, masa bekerja yang tidak lengkap, berada di luar tempat bertugas dalam tempoh yang sama iaitu rehat melebihi ‘masa’, kekerapan datang lewat dan tidak hadir bertugas.
2 Mana-mana kakitangan yang gagal mematuhi polisi kedatangan adalah tertakluk kepada tindakan disiplin.