Onboarding Sharedauto

DISIPLIN

1 Adalah menjadi polisi Syarikat untuk memastikan semua tindakan disiplin yang diambil adalah berdasarkan kepada undang-undang buruh dan perusahaan.

1.1 Definisi
        - Disiplin merujuk kepada kepatuhan terhadap peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dalam Syarikat bagi mewujudkan pengawasan dan kawalan untuk memenuhi piawaian dan objektif organisasi.

        - Salah laku merujuk kepada tindakan atau ketiadaan tindakan oleh kakitangan yang menyalahi atau melanggar peraturan dan undang-undang Syarikat termasuk tatacara perlakuan dan prosedur kerja yang nyata dan yang tersirat.

1.2 Prinsip Keadilan
        - Prinsip-prinsip berikut perlulah dipatuhi apabila mengendalikan kes-kes yang melibatkan tindakan disiplin.
                     ○ Seseorang yang dituduh melakukan kesalahan disiplin hendaklah diberi peluang untuk diadili dan membela diri.
2 Kesalahan
Tindakan disiplin boleh diambil terhadap sebarang salah laku/kesalahan yang dilakukan:
1. Semasa waktu kerja normal di dalam kawasan syarikat.
2. Semasa waktu kerja normal di luar kawasan syarikat.
3. Di luar waktu kerja normal, semasa di dalam kawasan syarikat.
4. Di luar waktu kerja normal, di luar kawasan syarikat.
3 Kategori Salah laku
Salah laku Berat - Berikut adalah salah laku utama dan perkhidmatan kakitangan boleh diberhentikan serta merta tanpa sebarang surat amaran:
1. Menyimpan atau berada di bawah pengaruh unsur-unsur yang memabukkan atau narkotik untuk tujuan kegunaan sendiri atau jualan di kawasan syarikat semasa bertugas.
2. Mencuri atau memiliki secara tidak sah, menyalahguna atau sengaja merosakkan harta syarikat.
3. Bekerja dengan organisasi lain termasuk menjadi ejen mana-mana syarikat semasa sedang berkhidmat dengan syarikat.
4. Ingkar dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
5. Gagal mematuhi polisi, garis panduan, arahan atau arahan kerja yang ditetapkan.
6. Membawa atau memiliki senjata berbahaya di dalam kawasan syarikat.
7. Cuai sehingga mengakibatkan kerosakan dan kehilangan harta syarikat.
8. Mengambil bahagian atau menghasut kakitangan lain untuk mengambil bahagian dalam piket atau perhimpunan tidak sah.
9. Mencetuskan provokasi terhadap kakitangan lain sehingga menyebabkan berlaku konfrontasi dan pergaduhan.
10. Mengancam untuk mencederakan atau menyakiti kakitangan lain atau keluarganya.
11. Terlibat dalam aktiviti-aktiviti tidak bermoral.
12. Mengguna kata-kata kesat, keji atau berbaur perkauman.
13. Tidak mematuhi polisi syarikat berkaitan kedatangan, rehat melebihi masa yang telah ditetapkan, sering datang lewat ke pejabat dan pulang awal.
14. Mencuri atau memiliki secara tidak sah harta syarikat/ kakitangan lain.
15. Disabitkan dan/atau dipenjarakan atas kesalahan jenayah.
16. Menyalahgunakan dana syarikat.
17. Rasuah, pecah amanah, menipu atau memalsukan tandatangan.
18. Keaiban kewangan (pecuniary embarrassment).
19. Menyediakan maklumat atau data palsu dengan tujuan untuk menipu seperti semasa mengisi borang permohonan.
20. Menipu.
21. Gangguan seksual.
22. Tidak melapor diri untuk bertugas lebih dari 2 hari berturut-turut tanpa alasan yang sah.
23. Gagal melaporkan kepada syarikat berkenaan sesuatu wabak penyakit atau penyakit berjangkit yang serius.
24. Berjudi.
25. Menyerang, bergaduh atau bertindak ganas/kasar semasa bertugas.
26. Merakam atau merekod keluar dan masuk kerja bagi pihak kakitangan lain.
27. Melakukan aktiviti yang bertentangan dengan kepentingan syarikat.
28. Menghasut kakitangan lain yang mengakibatkan kerugian di pihak syarikat.
29. Sering meninggalkan tempat kerja tanpa alasan.
30. Sering gagal mencapai kualiti dan kuantiti kerja yang ditetapkan.
31. Tidak mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan di tempat kerja.
32. Menyalahgunakan kemudahan syarikat seperti e-mail, internet, telefon, komputer untuk kegunaan peribadi.
33. Menyamar atau memberi maklumat atau laporan palsu.
34. Membocorkan maklumat sulit syarikat.
35. Terlibat dalam pengendalian urusan kewangan yang tidak sah.
(Termasuk mengubahsuai transaksi kewangan syarikat untuk tujuan tertentu)
36. Membuat tuntutan palsu.
37. Cuai dalam melaksanakan tugas.
38. Membuat tuduhan, khabar angin atau surat layang dengan tujuan untuk menjatuhkan imej individu atau syarikat.
39. Mengumpul wang atau sumbangan tanpa kebenaran bertulis oleh syarikat.
40. Melakukan perniagaan (peribadi) dalam kawasan syarikat.
41. Berurusan dengan media/pihak ketiga atau membuat kenyataan awam tanpa mendapat kelulusan syarikat.
42. Berpakat atau membantu kakitangan lain untuk melakukan kesalahan.
(Termasuk dalam hal-hal berkaitan pentadbiran dan transaksi kewangan syarikat)
43. Menyalahguna kuasa untuk kepentingan sendiri atau orang lain.
44. Menyebabkan rusuhan atau kacau-bilau.
45. Menciplak.
46. Mengadakan mesyuarat atau perhimpunan di dalam kawasan syarikat tanpa kelulusan syarikat.
47. Menggunakan kenderaan syarikat tanpa kebenaran atau untuk sebab-sebab yang tidak dibenarkan.
48. Sengaja memasuki kawasan larangan syarikat tanpa kebenaran.
49. Tidur semasa sedang bertugas.
50. Tidak patuh pada arahan penyelia.
51. Pelanggaran peraturan keselamatan dan kesihatan dengan meletakkan orang lain dalam bahaya.
4 Salah laku Kecil - Berikut adalah salah laku kecil, kebiasaannya kakitangan diberi sekurang-kurangnya 3 surat amaran atau/dan 3 kali kaunseling sebelum perkhidmatan mereka ditamatkan:
1. Merokok di kawasan larangan merokok.
2. Tidak memakai pakaian seragam atau memakai pakaian seragam tidak lengkap.
3. Tidak mematuhi kod pakaian syarikat.
4. Tidak memakai pas pekerja/ tag nama.
5. Datang lewat.
6. Tidak ‘thumbprint’ waktu masuk kerja, rehat atau balik.
7. Tidak bekerjasama apabila diperiksa oleh pengawal keselamatan.
8. Meninggalkan pejabat tanpa kebenaran penyelia atau ketua jabatan.
9. Tidak hadir tanpa kebenaran.
10. Memakai pakaian yang tidak sesuai atau kakitangan kelihatan tidak kemas dan rapi semasa bertugas.
11. Membuang sampah di sekitar kawasan syarikat.
12. Gagal mengemukakan sijil sakit/ perubatan.
13. Bertindak kasar atau tidak sopan.
14. Melepak atau berehat-rehat semasa bekerja.
15. Membawa pulang peralatan atau alat tulis kepunyaan pejabat.
16. Menghalang atau mengganggu kakitangan bertugas.
17. Mengubah waktu kerja/ jadual syif tanpa kebenaran penyelia bertugas.
18. Ingkar apabila dirujuk untuk pemeriksaan kesihatan.
19. Memaparkan atau menanggalkan apa-apa notis di papan notis tanpa kebenaran.
5 Senarai dan contoh yang diberikan adalah bertujuan sebagai panduan dan ianya adalah tidak terhad kepada senarai tersebut sahaja. Salah laku kecil berulang dan/menjadi kebiasaan boleh membawa kepada salah laku berat. Salah laku yang tidak tersenarai akan ditentukan mengikut jenis kesalahan.
6 Prosedur apabila berlaku kes salah laku, sesiapa sahaja boleh membuat aduan bertulis kepada pihak syarikat dengan melampirkan bersama Salinan dokumen yang berkaitan untuk menyokong aduan. BSM akan mengarahkan Ketua Bahagian/ Jabatan/ Cawangan untuk membuat siasatan awal.
7 Siasatan dalaman: Setiap pekerja diberi hak untuk pendengaran yang adil oleh panel siasatan dalaman sebelum didapati bersalah melakukan salah laku utama.
8 Penggantungan Sebelum Siasatan Dalaman untuk tujuan siasatan dalaman, seseorang kakitangan boleh digantung pada separuh gaji berdasarkan gaji pokok untuk tempoh maksimum 2 minggu. Sekiranya kakitangan tersebut didapati tidak bersalah selepas siasatan dalaman, separuh lagi dari gaji tersebut akan dibayar balik.
9 Tindakan Disiplin Selepas Siasatan Dalaman

Berikut adalah jenis tindakan disiplin yang akan diambil selepas Siasatan Dalaman mendapati kakitangan tersebut bersalah:
1. Amaran lisan atau bertulis
2. Penggantungan tanpa bayaran untuk tempoh maksimum 2 minggu
3. Pemberhentian kenaikan gaji
4. Tiada bonus
5. Penurunan gaji
6. Penggantungan elaun
7. Penarikan elaun
8. Pemecatan dengan notis
9. Pemecatan tanpa notis
10 Kakitangan boleh membuat rayuan berkaitan tindakan disiplin tersebut dengan mengemukakan rayuan terus kepada pihak pengurusan syarikat.
11 Walaupun ianya dasar HR dan SOP, tetapi pihak pengurusan syarikat boleh mengikut budi bicara mutlaknya memutuskan untuk mengetepikan dasar tersebut dan SOP dan mengambil tindakan lain yang dianggapnya adalah yang terbaik.