CUTI
| 1 | Cuti Tahunan
Kelayakan:
1.2 Kakitangan mesti menggunakan semua baki cuti tahunan mereka untuk tahun semasa sehingga atau pada 31 Mac tahun berikutnya. Sekiranya gagal, cuti tahunan tahun sebelumnya boleh dilucutkan hak. 1.3 Kakitangan tidak digalakkan mengambil cuti tahunan semasa dalam tempoh percubaan melainkan atas sebab-sebab kecemasan. 1.4 Tempoh notis untuk mendapatkan cuti tahunan ialah 3 hari. Tempoh notis ini boleh diketepikan mengikut budi bicara mutlak HOD / diluluskan oleh pihak berkuasa. |
||||||||||||||||||
| 2 | Peraturan: 2.1 Jumlah cuti kelayakan terperoleh dari cuti tahunan adalah dikira mengikut kuota. 2.2 Apabila seseorang kakitangan dibenarkan mengambil cuti yang melebihi cuti terperolehnya, maka hari/ hari-hari kakitangan tidak hadir bertugas tersebut dianggap sebagai cuti tanpa gaji dan cuti tahunan tidak dikira sebagai telah diambil. 2.3 Apabila seseorang kakitangan yang sedang mengambil cuti tahunan menjadi layak mendapat hari kelepasan am, cuti sakit, cuti ehsan atau cuti bersalin, maka jumlah cuti tahunan yang sama dengan jumlah hari kelepasan am yang diisytiharkan atau cuti sakit, cuti ehsan atau cuti bersalin yang diberi, tidak dikira sebagai telah diambil. 2.4 Ketua Jabatan atau Penyelia berhak untuk tidak meluluskan mana-mana permohonan cuti tahunan. Adalah menjadi tanggungjawab kakitangan untuk memastikan cutinya diluluskan terlebih dahulu sebelum mula bercuti. 2.5 Kakitangan yang pergi bercuti tanpa mendapat kelulusan adalah boleh dikenakan tindakan disiplin melainkan kakitangan mempunyai alasan yang kukuh atas ketidakhadiran tersebut. 2.6 Kakitangan dikehendaki mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan Cuti kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum tarikh bercuti. Dalam keadaan kecemasan atau atas sebab-sebab munasabah yang menyebabkan kakitangan tidak dapat memohon cuti terlebih dahulu, kakitangan dikehendaki mengisi Borang Permohonan Cuti selewat-lewatnya 2 hari selepas kembali bertugas. 2.7 Apabila kontrak perkhidmatan kakitangan ditamatkan, kakitangan adalah layak untuk mengambil kesemua cuti terperolehnya. Jika kontrak perkhidmatan ditamatkan sebelum kakitangan sempat mengambil cutinya, Syarikat perlu membayar kakitangan setiap hari dari cuti terperolehnya pada kadar gaji hariannya. 2.8 Klausa di atas tidak terpakai dalam kes pemberhentian yang disebabkan oleh salah laku, pecah amanah atau pecah kontrak. 2.9 Kakitangan yang telah menghantar notis letak jawatan boleh menggunakan cuti terperolehnya untuk mengganti sebahagian atau seluruh tempoh notis atau bayaran sebagai ganti notis. Syarikat akan mendapatkan balik mana-mana baki jumlah bayaran ganti notis yang tidak berbayar melalui potongan gaji atau cara-cara lain yang bersesuaian. 2.10 Tempoh notis untuk mendapatkan cuti tahunan ialah 3 hari. Tempoh notis ini boleh diketepikan mengikut budi bicara mutlak ketua jabatan (HOD)/ diluluskan oleh pihak berkuasa |
||||||||||||||||||
| 3 | Cuti Ehsan
|
||||||||||||||||||
| 4 | Cuti Sakit
Kelayakan:
|
||||||||||||||||||
| 5 | Cuti Sakit Berpanjangan 5.1 Kakitangan yang mengalami penyakit kronik seperti kanser, batuk kering dan trombosis cerebral, boleh diberikan 1 bulan cuti sakit pada gaji penuh, 3 bulan lagi cuti sakit pada separuh gaji, dan 6 bulan lagi cuti sakit tanpa gaji. 5.2 Ini adalah tambahan kepada cuti sakit normal 60 hari. 5.3 Kakitangan perlu menyertakan dokumen sokongan daripada doktor. |
||||||||||||||||||